Pihak berkuasa Perancis menahan seramai 282 orang peminat fanatik bola sepak, selepas sambutan kemenangan tamat saingan separuh akhir bola sepak Piala Negara-Negara Afrika bertukar ganas selepas . Kenyataan Kementerian Dalam Negeri Perancis menyebut, tangkapan itu dibuat pada petang AHAD di seluruh negara. Dalam saingan itu, Algeria mencipta kemenangan dramatik 2-1, menewaskan juara tiga kali, Nigeria sekali gus mara ke saingan akhir Piala Negara-Negara Afrika bertemu Senegal. Daripada ke semua 282 orang yang ditangkap, 249 daripadanya diletakkan dalam tahanan.KHAMIS lalu, ketika Algeria menewaskan Ivory Coast untuk ke saingan separuh akhir, para peminat negara itu turut bertindak ganas di kota paris termasuk mencerobih masuk premis perniagaan.Pada hari sama di selatan bandar Montpellier, penyokong bola sepak Algeria yang teruja meraikan kemenangan, hilang kawalan ketika memandu pada kelajuan tinggi.Kenderaan dipandu dikatakan melanggar satu keluarga menyebabkan seorang wanita terbunuh dan anak cedera serius.Paris dan Marseille menjadi tumpuan komuniti minoriti yang berasal dari Algeria dan sokongan diberikan kepada pasukan agak tidak terkawal sehingga mencetuskan ketegangan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini