Penonton yang akan hadir menyaksikan Final Piala Malaysia 2021 pada 30 November ini masih tidak dibenarkan untuk makan dan minum di dalam stadium.

Perkara itu ditegaskan  Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan di laman sosial mereka.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam, perkara itu telah dimaklumkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) semalam.

Pihaknya terpaksa akur selepas permohonan mereka ditolak Majlis Keselamatan Negara-MKN.

Bagaimanapun MFL dan Perbadanan Stadium Malaysia PSM merancang untuk menyediakan tapak penjaja di luar stadium untuk membolehkan penonton dapat makan dan minum sebelum masuk ke stadium.

Selain itu jumlah kehadiran penonton di venue perlawanan final di Stadium Nasional Bukit Jalil juga kekal iaitu 50 peratus kapasiti tempat duduk atau 20,000 orang.

Tambah Stuart, sebarang perubahan akan diberitahu dari semasa ke semasa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini