Pengurus Manchester City,Pepe Guardiola dijangka terlepas aksi pasukannya dalam kempen pusingan ketiga Piala FA awal pagi esok selepas disahkan positif Covid-19.

The Citizens dijadual menentang pasukan divisyen 4, Swindon Town di gelanggang lawan. Dalam satu kenyataan, City memberitahu Guardiola disahkan positif virus berkenaan bersama pembantunya, Juanma Lillo.

Kedua-duanya kini terpaksa menjalani kuarantin, sekali gus menambah krisis Covid-19 di kelab tersebut selepas kehilangan 7 pemain dan 14 pegawai kejurulatihan.

Situasi tersebut menyaksikan pembantu jurulatih, Rodolfo Borrell akan mengambil alih tugas pengendali pada pertemuan awal pagi esok.

City kini mengungguli saingan EPL dengan 53 mata selepas 21 perlawanan, 10 mata mengatasi pencabar terdekat, Chelsea.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini