Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) tahun 2021 bagi subjek bertulis yang dijadualkan pada 4 hingga 7 Oktober 2021 ditangguhkan pada 15 hingga 18 November 2021.

Menurut kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira situasi semasa serta ulasan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan keputusan kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam.

Jelasnya, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) juga membuat ketetapan bahawa hanya petugas peperiksaan yang telah mendapat 2 dos lengkap vaksin sahaja dibenarkan untuk bertugas di semua pusat peperiksaan.
 
Kerajaan, melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dengan kerjasama semua agensi pula telah menyediakan pelan tindakan demi memastikan UPKK dapat dilaksanakan dan berjalan lancar.
 
Sebelum ini, Menteri Kanan Pendidikan pada 15 Ogos 2021 telah membuat satu keputusan berkaitan pembukaan sesi persekolahan, bermula 3 Oktober 2021 secara berperingkat, bermula dengan kelas peperiksaan mengikut perincian Pelan Pemulihan Negara (PPN).
 
Selaras dengan keputusan tersebut, JAKIM telah membuat keputusan untuk pembukaan sesi persekolahan bagi calon peperiksaan UPKK juga akan bermula pada tarikh yang sama.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini