Projek Pembangunan Hab Daging Halal akan dibangunkan di Perak awal tahun hadapan.
 
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, usaha tersebut bagi meneroka pasaran baharu melibatkan pengedaran, pembekalan dan perniagaan berasaskan daging tempatan termasuk produk sejuk beku.

Jelasnya, sebagai permulaan, projek tersebut akan dilaksanakan di dua lokasi iaitu di Lekir dan Behrang.

Tambahnya, kerajaan negeri berhasrat untuk memberi keutamaan dalam menerajui sektor agro pertanian yang memfokuskan kepada empat komponen iaitu perluasan ladang baharu, pelaburan strategik, pembangunan usahawan dan kebajikan sosial pada tahun 2022.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) bersama Risda Livestock Sdn Bhd dan Pertubuhan Peladang Negeri Perak (PPN) di Ipoh.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini