Kerajaan Perak membatalkan tender penjualan tapak bekas Istana Raja Muda di Jalan Syed Abu Bakar di Teluk Intan.
 
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, keputusan diambil setelah mengambil kira pandangan serta permintaan orang ramai agar tapak tersebut dikekalkan.
Beliau berkata demikian ketika ditanya berkait perkara tersebut di Ipoh.

September lalu, kerajaan negeri menangguhkan pelaksanaan proses tender penjualan tapak bekas Istana Raja Muda seluas 2.1 hektar itu bagi membolehkan beberapa kajian terperinci dijalankan.

Proses tender tanah berkenaan dibuat susulan pembatalan tapak rizab istana terbabit yang diwartakan melalui warta kerajaan negeri Perak nombor 607 bertarikh 18 Mac 2021.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini