Perak memberi jaminan bekalan barangan asas termasuk ayam dan daging mencukupi bagi menampung permintaan sempena Aidiladha di negeri itu.

Exco Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri Razman Zakaria berkata, orang ramai tidak perlu bimbang mengenai bekalan barangan asas itu.

Bagaimanapun ujarnya, jika terdapat kekurangan bekalan daging, kerajaan negeri membenarkan kemasukan lembu import.

Beliau ditemui pada sesi lawatan ke Sekolah Rendah Agama Rakyat Alor Setanggok di Bagan Serai. 

Turut disampaikan cek sumbangan bernilai RM100,000 bagi tujuan membaikpulih sekolah berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini