Perak dalam usaha menjenamakan durian kampung isi putih dari Batu Kurau ke peringkat lebih tinggi.

Exco Pertanian, Perladangan dan Industri Makanan Perak, Razman Zakaria berkata, durian Batu Kurau mempunyai peminat tersendiri serta mampu bersaing dengan Musang King, Udang Merah, Duri Hitam dan IOI.

Katanya, kerajaan negeri juga kini dalam usaha untuk menjadikan kawasan Batu Kurau dan Selama sebagai hub tanaman durian duri hitam dan klon. Pihaknya difahamkan kawasan itu terdapat 200 ekar tanah agensi kerajaan (SADC) yang akan diusahakan sebagai tanaman durian duri hitam dan klon.

Beliau ditemui ketika membuat tinjauan di Pusat Pengumpulan Buah-Buahan di Kampung Sempeneh, Batu Kurau.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini