Perak FC komited untuk menyelesaikan semua isu-isu tertangguh melibatkan kelab itu, khususnya isu melibatkan hutang berjumlah RM1.7 juta membabitkan tunggakan gaji beberapa tonggak import selain pembayaran kepada ejen pemain.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Muhammad Yunus Zakaria, perkara ini penting bagi memastikan semua pemain skuad The Bos Gaurus dapat beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) tanpa sebarang kegusaran.

Dalam satu kenyataan Muhammad Yunus berkata, komitmen berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha Perak FC ke arah transformasi mengembalikan kegemilangan kelab itu.

Tambahnya, Perak FC yang kini di bawah pengurusan baharu sedang melalui proses pengukuhan struktur bagi memastikan sistem pengurusan yang lebih baik dan profesional.

Skuad jolokan The Bos Gaurus itu juga meletak sasaran untuk kembali menjadi salah satu pencabar dalam semua kejuaraan Liga Malaysia musim ini.

Mereka diturunkan pangkat ke Liga Premier selepas menghuni tangga ke-11 pada saingan musim lalu.

Dengan hanya mendaftarkan 20 pemain, Perak FC bagaimanapun mempunyai perancangan untuk menambah pemain pada jendela perpindahan Mei depan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini