Perak akan menguruskan sebaik mungkin peruntukan RM20 juta untuk setiap negeri, sebagaimana diumumkan dalam Bajet 2022.

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamed berkata, peruntukan ini akan digunakan untuk membangunkan semula ekonomi dan pelancongan negeri, selain memastikan jaminan keselamatan makanan.

Pada masa sama, akan memastikan inisiatif yang diumumkan tidak bertindih dengan bajet negeri.

Beliau menyatakannya selepas merasmikan program Khidmat Bakti Masyarakat Kastam Perak di Lenggong.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini