Perak berhasrat meneruskan perancangan pengarah filem terkenal, Allahyarham Mamat Khalid bagi membuka galeri seni di Kampung Kuchai, Pekan Lama, Ipoh.
 
EXCOnya Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata sebelum ini perbincangan diadakan bersama Allahyarham yang turut melibatkan Majlis Bandaraya Ipoh berhubung pembinaan galeri seni berkenaan.

Galeri itu akan menjadi tarikan baharu pelancongan di kawasan pekan lama Ipoh.

Perbincangan lanjut akan diteruskan bersama waris keluarga Allahyarham dalam merealisasikan perancangan tersebut mengikut pelan terdahulu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini