Sebuah jawatankuasa khas akan ditubuh bagi meneliti isu rumah ibadat yang dibangunkan di dalam kawasan gua batu kapur sekitar daerah Kinta, Perak.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ia susulan pengeluaran notis terhadap 14 rumah ibadat dalam kawasan gua yang dibina di atas tanah kerajaan, baru-baru ini.

Jelasnya, kerja-kerja pembinaan struktur yang semakin aktif di kawasan tersebut turut mengundang risiko runtuhan.

Tambahnya, status 14 rumah ibadat itu akan ditentukan sama ada melalui kaedah perizaban, lesen pendudukan sementara mahupun pajakan tanah rizab.

Jawatankuasa khas tersebut juga akan memperincikan syarat -syarat yang perlu dipatuhi disamping mekanisma kawalan terhadap struktur dan binaan.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini