Tahap penularan COVID-19 ketika fasa endemik ditentukan berdasarkan nilai ambang yang ditetapkan dan disesuaikan dengan kapasiti respon sesuatu negara. Jelas Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang, pada fasa endemik kelak, walaupun liputan vaksinasi COVID-19 Malaysia melebihi 70 peratus, jumlah kes harian masih boleh meningkat.

Lima strategi utama digariskan untuk transisi ke fasa endemik, iaitu Respon Kesihatan Awam dan Vaksinasi, Pengujian dan survelan, Pengurusan Kes COVID-19, Pemerkasaan komuniti serta Kawalan sempadan.

Kerajaan berjaya mengawal pandemik dengan penurunan kes sejak minggu epid 35 tahun 2021 dengan jumlah kes mingguan menurun daripada 138, 929 kepada 40,600 pada minggu epid 46. Ini penurunan sebanyak 70.8 peratus. 

Manakala kematian mingguan menurun sebanyak 83.4 peratus daripada 2,092 pada minggu epid 38 kepada 347 pada minggu epid 46. Datuk Aaron menjawab pertanyaan wakil Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini