Peralihan Malaysia menuju ke fasa endemik COVID-19 perlu dilaksanakan secara berhati-hati.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-14.
Dalam titahnya, Al-Sultan Abdullah berkata, Malaysia berada di kedudukan ke-13 dari 122 buah negara dalam Indeks Pemulihan COVID-19 Nikkei Asia.
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan juga telah berjaya mencapai liputan vaksinasi lengkap sehingga 98 peratus populasi dewasa.
Sehubungan itu, baginda menyeru rakyat supaya mendapatkan dos penggalak vaksin COVID-19.
Ini bagi memastikan imuniti kekal pada tahap optimum dalam menghadapi penularan varian baharu.