Pasaran buruh beransur pulih pada suku ketiga 2021 disokong peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara, selain kemajuan kadar vaksinasi.

Laporan Sorotan Pasaran Buruh Suku Ketiga 2021 dikeluarkan Jabatan Perangkaan menunjukkan peningkatan sederhana guna tenaga berbanding tempoh sama tahun lalu.

Manakala jawatan dalam sektor ekonomi merekodkan penyusutan perlahan. 

Jelas Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin, bilangan penduduk bekerja meningkat 1.2 peratus kepada 15.27 juta.

Bilangan penganggur pula meningkat 0.2 peratus kepada 746,200, namun kadar pengangguran kekal pada 4.7 peratus.

Dari aspek permintaan buruh, jumlah jawatan sektor swasta menguncup 0.8 peratus kepada 8.41 juta pada suku dikaji.

Jawatan diisi juga jatuh 0.7 peratus kepada 8.23 juta selain kekosongan jawatan berkurangan 3.0 peratus kepada 174,000.

Dr. Mohd Uzir menyeru supaya langkah intervensi jangka masa panjang dibuat bagi membolehkan kemasukan lebih ramai ke dalam pasaran buruh.

Sekaligus menjamin peningkatan kecekapan dan pertumbuhan ekonomi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini