Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO) berperanan penting dalam memperkasa pemulihan komuniti setempat, menerusi langkah-langkah digariskan dalam Bajet 2022.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan komited meneruskan dan memperkukuh kerjasama dengan CSO, sekaligus memanfaatkan kepakaran dan jangkauan mereka.

Berucap pada Forum Hasanah 2021 secara maya, jelasnya peranan penting pertubuhan sivil yang sering dianggap sebagai ‘sektor ketiga’, semakin ketara sejak bermulanya pandemik COVID-19.

Bagi mengiktiraf peranan penting CSO, Bajet 2022 memperuntukkan RM100 juta dalam bentuk geran padanan kepada yayasan milik syarikat berkaitan kerajaan.

Ia bagi menggerakkan usaha membabitkan bidang utama termasuk memperkukuh aspek kesihatan mental dan perkhidmatan sokongan sosial serta pendidikan selepas persekolahan bagi golongan sasar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini