Perancang bandar adalah wira tidak didendang yang menjadi titik mula kesemua pembangunan fizikal negara. 

Bersempena Sambutan 100 Tahun Perancang Bandar di Malaysia, Perdana Menteri berkata, profesion tersebut sudah melalui evolusi dan transformasi yang cukup panjang dalam membina negara ini. Pada majlis itu, Perdana Menteri menganugerahkan Tokoh Perancang Bandar Malaysia kepada Datuk Seri Maimunah Md Shariff.

Beliau sebelum ini menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai wanita asia pertama yang dilantik menjadi Pengarah Eksekutif di UN-Habitat pada tahun 2018.      

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini