Kementerian Pertahanan menetapkan dua fokus bagi perancangan dan hala tuju kementerian itu tahun depan.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, fokus pertama dasar serta polisi MINDEF dan ATM akan diselaras dalam memuktamadkan sesuatu inisiatif.

Tambahnya, Fokus Kedua perancangan dan hala tuju MINDEF dinamakan Pelan Tindakan 2022 atau PT22.

Di bawah PT22, lapan teras utama termasuk Kesiagaan dan Keupayaan, Kompetensi Pertahanan,  Kebajikan, Kerjasama Awam-Tentera dan Industri Pertahanan Nasional.

Ia teras baharu yang diwujudkan bagi meningkatkan penglibatan ATM membantu usaha negara menangani krisis berskala besar seperti banjir dan ancaman penyakit.

Kesemua inisiatif bakal dilaksana serta merta.

Beliau bercakap dalam Sidang Media Khas Pasca Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari di Wisma Perwira, Kuala Lumpur.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini