Di Perancis, dalam tempoh 24 jam negara itu mencatatkan 30,000 kes baharu Covid-19.

Menteri Kesihatan, Olivier Veran mengumumkan perkara berkenaan di dalam sesi parlimen pada Selasa.

Katanya pada Isnin apabila kes baharu biasanya menurun disebabkan hujung minggu, Perancis melaporkan 5,266 kes iaitu peningkatan sebanyak 63% berbanding Isnin sebelumnya pada 16 November.

Jumlah harian sebanyak 30,000 kes di Perancis adalah tertinggi sejak 8 Ogos apabila mencatatkan 30,920 kes.

Rekod kes harian tertinggi pernah dicatatkan di Perancis adalah 86,852 kes pada 7 November 2020.

Trend penigkatan kes covid-19 menyebabkan saham Eropah merosot ke paras terendah untuk tiga minggu pada hari Selasa, terburuk dalam tempoh hampir dua bulan.

Ia sekaligus menimbulkan kebimbangan terhadap sekatan yang lebih ketat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini