Bermula minggu ini, pemakaian pelitup muka di tempat awam akan diwajibkan semula di Paris bagi mengurangkan penularan varian baharu, Omicron.


Polis Perancis menyatakan, peraturan itu akan berkuat kuasa mulai Jumaat, kepada setiap individu berusia lebih 11 tahun.

Bagaimanapun, peraturan itu tidak terpakai ketika berada dalam kenderaan, pengguna kenderaan beroda dua serta pelbagai aktiviti sukan.

Semalam, Perancis melaporkan rekod harian baharu tertinggi Covid-19 dengan jumlah 208,000 kes .

Menteri Kesihatan Perancis, Olivier Veran memberitahu , varian Omicron meningkatkan kes jangkitan selepas perayaan Krismas.

Kerajaan mengumumkan sekatan baharu termasuk lanjutan penutupan kelab malam dan menggalakkan lebih banyak kerja dari rumah.

setakat ini Perancis belum melaksanakan sekatan pergerakan atau penutupan yang dilihat dilaksanakan di negara Kesatuan Eropah lain seperti Belanda.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini