Kanak-kanak berusia enam tahun ke atas yang menaiki pengangkutan awam di Perancis diwajibkan memakai pelitup separuh muka

Arahan terbaharu itu akan berkuat kuasa bermula Isnin, sebagai langkah menangani COVID-19 terutamanya Omicron.

Perdana Menteri, Jean Castex sebelum ini turut mengumumkan larangan minuman dan makanan ke atas pengangkutan awam bermula hari yang sama selama tiga minggu.

Larangan itu bermakna penumpang tidak akan dibenarkan menanggalkan pelitup separuh muka termasuk perkhidmatan rentas sempadan iaitu Thalys dan Eurostar.

Perkhidmatan kafe juga akan digantung sehingga 23 januari.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini