Amerika Syarikat mengenakan sekatan ke atas Presiden Rusia Vladimir Putin dan Menteri Luar Sergey Lavrov berikutan operasi ketenteraan Moscow di Ukraine.

Sekatan sama turut dikenakan ke atas 11 anggota pasukan keselamatan Rusia, termasuk Pengarah Perkhidmatan Perisikan Asing, Sergei Naryshkin.

Menurut Setiausaha Perbendaharaan, Janet Yellen – Putin dan Lavrov bertanggungjawab terhadap tindakan yang menyalahi undang-undang itu.

Tegas Yellen, Washington dengan sekutu dan rakan kongsi antarabangsa bersatu memastikan Kremlin menanggung kerugian ekonomi dan diplomatik.

Jika perlu, lebih banyak sekatan akan dikenakan.

Operasi ketenteraan di Ukraine memasuki hari ketiga, dengan laporan terbaharu menyatakan tentera Rusia sedang bergerak ke Kyiv.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini