Selangor komited menutup operasi kilang memproses sisa kitar semula plastik import di kawasan Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang menimbulkan keresahan penduduk apabila dibelenggu isu pencemaran dan kesihatan. Setakat ini, daripada 41 buah kilang memproses sisa kitar semula plastik haram di kawasan pentadbiran MPK, 10 daripadanya sudah disita. Jelas Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han pihaknya tidak akan berkompromi dalam perkara itu. Tiada sebarang kilang memproses sisa plastik haram akan dibenar untuk dijalankan. Mana-mana pihak yang ingkar…. notis akan diberikan dan bekalan air dan elektrik akan dipotong.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini