Google menutup satu jaringan membabitkan kira-kira satu juta peranti elektronik yang digodam bagi kegunaan jenayah siber, selain menyaman penggodam berpangkalan di Rusia yang didakwa bertanggungjawab.

Peranti dijangkiti dikenali botnet itu disekat ketika ini daripada kawalan individu yang mendalanginya menerusi internet.

Kumpulan penganalisis ancaman Google berkata, Pengendali Glupteba dijangka akan cuba mengawal semula botnet itu menggunakan arahan sandaran dan mekanisme kawalan.

Google turut memfailkan saman terhadap dua individu bagi mendapatkan injuksi menghalang penggunaan platform bagi tujuan salah laku menyebarkan perisian ‘malware’ menerusi perkhidmatan Google.

Kira-kira 63 juta Google Docs dan lebih 1,100 akaun Google yang diguna untuk menyebarkan Glupteba telah ditutup.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini