Pemandu kereta yang merempuh penonton perarakan Hari Natal di bandar Waukesha, Amerika Syarikat berdepan dakwaan pembunuhan yang disengajakan.

Ketua Polis Waukesha, Dan Thompson berkata pemandu berusia 39 tahun itu tidak berada dalam keadaan dikejar.

Pihaknya yakin pemandu terbabit bertindak sendirian serta tiada bukti mengaitkan dengan kejadian pengganas.

Dalam kejadian rempuhan itu, lima maut dan 48 lagi cedera selepas sebuah kereta dipandu Darrell Brooks merempuh penonton perarakan.

Sebahagian daripada mangsa merupakan kanak-kanak.

Menurut polis, tembakan dilepaskan bagi menghentikan kenderaan yang pada awalnya dipercayai hilang kawalan. Namun ia merempuh kumpulan penonton.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini