Peminat sukan bola sepak di ibu kota terutama penyokong Kuala Lumpur (KL) City FC terpaksa melupakan hasrat meraikan kejayaan pasukan The City Boys menjulang Piala Malaysia 2021 yang dijadualkan hari ini.

Perkara tersebut dimaklumkan Presiden KL City FC, Tan Sri Annuar Musa menerusi ciapan di laman Twitternya, malam tadi.

Beliau akur dengan pembatalan acara itu susulan aktiviti berkenaan bakal melibatkan kehadiran orang ramai sehingga menyukarkan penjarakan fizikal ketika pandemik COVID-19 masih melanda negara ketika ini.

Tambah Tan Sri Annuar, keselamatan dan kesihatan penyokong KL City FC serta warga kota perlu diutamakan.

Pasukan KL City FC muncul juara Piala Malaysia 2021 selepas mengejutkan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-0 pada aksi final Selasa lalu pada siri ke-100 penganjurannya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini