Peraturan berkualiti akan membina persekitaran perniagaan kondusif seterusnya melonjakkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan dan perdagangan utama.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, bagi menggalakkan semakan semula dasar dan peraturan semasa, kerajaan proaktif menambah baik ekosistem peraturan negara dan memberi pencerahan berkaitan kaedah Amalan Baik Peraturan; GRP.

Terkini, inisiatif Permit Pembinaan Ekspres; E10 turut diperkenalkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia; MPC bagi memudah cara perniagaan. 

Jelasnya inisiatif tersebut memudahkan kemasukan pelaburan berimpak tinggi dalam sektor perkilangan.

Bagi mengurangkan beban peraturan, kerajaan turut memperkenal program Malaysia Mudah dan membangunkan portal sehenti Garis Panduan Pelesenan Malaysia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini