Perdana menteri menzahirkan rasa gembira melihat kemeriahan Deepavali yang diraikan dalam norma baharu tahun ini.

Semangat Keluarga Malaysia dizahirkan penganut hindu dengan menyambut sahabat handai daripada kaum lain di majlis rumah terbuka mereka.

Uniknya semangat Keluarga Malaysia, setiap perayaan adalah peluang keemasan bagi mengukuhkan hubungan antara kaum, memelihara keharmonian dan mengeratkan perpaduan.

Sempena Deepavali ini, Datuk Seri Ismail Sabri berkunjung ke rumah Mantan Speaker Dewan Negara, Tan Sri Vigneswaran.

Turut hadir, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan; Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar; Menteri Perpaduan Nasional, Datuk Halimah Sadique; serta Penasihat Khas Perdana Menteri Hal Ehwal Undang-Undang dan Hak Asasi, Datuk Seri Azalina Othman Said.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini