Perbicaraan kes rasuah melibatkan Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembekalan projek hibrid solar kepada 369 sekolah di Sarawak, ditangguhkan.

Mahkamah Tinggi memutuskan penundaan tersebut berikutan status MySejahtera Datin Seri Rosmah menunjukkan beliau kontak rapat kes COVID -19.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan turut melapangkan perbicaraan yang dijadualkan esok, selepas peguam Datuk Jagjit Singh memberitahu mahkamah bahawa status MySejahtera anak guamnya itu berwarna jingga.

Datuk Jagjit berkata Datin Seri Rosmah hadir di Mahkamah namun hanya tunggu di dalam kereta di luar perkarangan Mahkamah.

Hakim Mohamed Zaini berkata SOP kompleks mahkamah hanya membenarkan individu yang mempunyai paparan status MySejahtera berwarna biru sahaja dibenarkan masuk.

Datin Seri Rosmah, menghadapi pertuduhan meminta rasuah dan dua pertuduhan menerima suapan projek pembekalan tenaga hibrid solar sekolah luar bandar di Sarawak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini