MIDF Research mengunjurkan perdagangan runcit Malaysia berkembang 5.5% tahun ke tahun pada 2022.

Jelas firma penyelidikan itu, kelonggaran sekatan pergerakan, pembukaan semula ekonomi dan data makroekonomi yang bertambah baik menyediakan ruang bagi perbelanjaan pengguna yang kukuh pada suku keempat 2021 serta bagi 2022. 

Perbelanjaan pengguna juga dijangka berada dalam trajektori meningkat pada Disember 2021 dan 2022.

Ia disokong kemajuan tinggi kadar vaksinasi, tekanan inflasi yang stabil dan pasaran buruh yang bertambah baik. 

Penggunaan swasta dan sektor perkhidmatan pula diramal akan memberi sumbangan positif kepada pertumbuhan keluaran dalam negara kasar pada suku keempat 2021.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini