Sehari selepas mengumumkan bermulanya gelombang kelima COVID-19, negara haram Israel bercadang untuk meluaskan lagi pelaksanaan sekatan.

Bagaimanapun setakat mesyuarat pada petang Isnin itu berakhir tiada kata putus mengenainya berjaya dicapai.

Cadangan pertambahan sekatan disuarakan pegawai kanan Kementerian Kesihatan kepada Perdana Menteri, Naftali Bennett.

Kementerian itu memaklumkan pelbagai cadangan sekatan perlu diperhalusi bagi mengekang penularan penyakit.

Antara dibincangkan, meluaskan penggunaan Pas Hijau atau bukti vaksinasi  kepada seluruh sektor perdagangan dan menamatkan subsidi kit ujian saringan kepada kanak-kanak.

Media tempatan turut melaporkan sekatan terhadap perhimpunan awam juga dicadangkan.

Perdana Menteri dilapor sukar membuat keputusan memandangkan ia merupakan syor yang tidak popular.

Kedua-dua pihak dijadual mengadakan satu lagi pertemuan esok bagi memperhalusi cadangan dikemukakan. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini