Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Khas ASEAN-China  melalui persidangan secara video pagi ini. 

Persidangan tersebut bagi meraikan ulang tahun ke-30 hubungan dialog ASEAN-China. 

Perdana Menteri turut diiringi oleh Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah; Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri serta pegawai kanan kerajaan dari Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Luar Negeri, MITI dan MOTAC.

Tumpuan utama Sidang Kemuncak Khas kali ini ialah penilaian dan hala tuju kerjasama ASEAN-China, termasuk meningkatkan hubungan ASEAN dan China kepada kerjasama strategik yang menyeluruh. 

Justeru Malaysia, berharap Sidang Kemuncak Khas ini membuka jalan untuk para pemimpin mencapai kesepakatan berhubung matlamat-matlamat yang saling memanfaatkan, dalam usaha menggalakkan keamanan, kestabilan, keselamatan dan kemakmuran bersama di rantau ini. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini