12 pemimpin redaksi media massa Indonesia dan 3 wakil Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Jakarta.

Pertemuan lebih satu jam itu diadakan secara tertutup bagi membincangkan isu semasa yang berkait rapat dengan hubungan antara negara dan rakyat kedua-dua pihak.

Pengamal media Indonesia merupakan kumpulan pertama ditemui Perdana Menteri yang kini dalam rangka lawatan rasmi 3 hari ke republik itu.

Dalam ucapan ringkasnya sebelum memulakan perbincangan, Perdana Menteri menegaskan, pengamal media mempunyai peranan penting dalam menjaga hubungan sedia terjalin Malaysia-Indonesia, sekaligus, mengelak konflik antara kedua-dua negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Mokhtar Hussain bertindak selaku moderator perbincangan tersebut.
 
 Pertemuan turut dihadiri Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini