Perdana Menteri Sudan, Abdalla Hamdok umum peletakan jawatan pada Ahad, di tengah-tengah bantahan besar-besaran terhadap pemerintahan tentera.

Tentera melancarkan rampasan kuasa pada Oktober tahun lalu dan  meletakkan Hamdok di bawah tahanan rumah.

Namun, Hamdok kembali menerajui semula pemerintahan pada November selepas menandatangani perjanjian perkongsian kuasa.

Sejak itu, protes terus memuncak bagi menuntut kepimpinan politik awam sepenuhnya.

Dalam ucapan menerusi televisyen, Hamdok berkata  perjanjian baharu diperlukan untuk peralihan Sudan kepada demokrasi.

Sekurang-kurangnya 58 menjadi korban dalam protes sejak rampasan kuasa pada 25 Oktober 2021.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini