Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto, sempena lawatan kerja selama sehari Prabowo ke Malaysia.

Perdana Menteri meluangkan masa selama 45 minit mebincangkan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia. Kedua-dua pemimpin turut membincangkan mengenai usaha peningkatan kerjasama pertahanan.

Selesai kunjungan hormat, Prabowo berserta delegasi dijadual mengadakan perbincangan dua hala dengan rakan sejawatannya, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Wisma Pertahanan.

Antara yang bakal dibincangkan dalam pertemuan empat mata itu, kedua-dua pemimpin tersebut akan membincangkan beberapa isu bersama bagi mengeratkan hubungan diplomasi pertahanan antara Malaysia dan Indonesia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini