Hubungan diplomatik Malaysia-Amerika Syarikat terus dipererat dengan lawatan kerja Setiausaha Negara Amerika, Antony J Blinken.

Petang tadi,  Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menerima kunjungan hormat Blinken di pejabatnya di bangunan Parlimen.

Pertemuan bermula 2.30 petang, berlangsung kira-kira 20 minit.

Ketibaan Blinken di Pejabat Perdana Menteri disambut Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

Turut hadir, Duta Besar Amerika ke Malaysia, Brian McFreeters.

Fokus pertemuan tertumpu kepada perbincangan untuk mengukuhkan hubungan
bilateral kedua-dua negara dalam pelbagai bidang.

Juga, isu antarabangsa dan serantau berkepentingan bersama.

Blinken bersama 39 delegasi Amerika tiba di Malaysia malam semalam, untuk lawatan kerja dua hari.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini