Pereka fesyen terkemuka Amerika Syarikat, Virgil Abloh, 41 tahun meninggal dunia semalam kerana kanser. Beliau yang juga pengarah artistik koleksi pakaian lelaki jenama mewah Louis Vuitton, LV adalah warga kulit hitam Amerika Syarikat pertama dilantik sebagai pengarah kreatif bagi firma fesyen Perancis itu.

Beliau menghasilkan pakaian jalanan seperti hoodie dan kasut ke pentas peragaan. Kematiannya mengejutkan dunia apabila ramai bintang termasuk pesaing dalam dunia fesyen memberi penghormatan terakhir kepadanya.        

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini