Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menyeru kerjasama semua pihak bagi mengelakkan spesies Harimau Malaya dari terus diancam kepupusan.

Ini demi memastikan habitat Spesies Ikonik negara itu dapat dikekalkan dan tidak diceroboh.

Jelas Timbalan Ketua Pengarah Perhilitan (Konservasi), Datuk Fakhrul Hatta Musa, kerjasama tersebut juga penting ke arah memastikan biodiversiti negara terpelihara.

Beliau turut memberi amaran kepada mana-mana individu yang didapati bersalah menceroboh kawasan hutan simpan, boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta dan penjara maksimum 15 tahun, di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].

Ia selaras pelaksanaan Pasukan Petugas Kebangsaan Bagi Konservasi Harimau Malaysia (MyTTF).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini