Pelaksanaan perintah berkurung bukan satu penyelesaian bijak kepada penularan varian mutasi baharu Covid-19, Omicron. Menurut Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi Asia Tenggara, Dr Poonam Khetrapal Singh, perintah berkurung sekadar antara kaedah yang boleh dipertimbangkan.

Namun bukanlah satu-satunya jalan keluar kepada penularan varian baharu itu. Justeru langkah-langkah kesihatan awam seperti pematuhan kepada prosedur operasi standard dan meningkatkan kadar vaksinasi perlu jadi fokus utama.

Dr Poonam menjangkakan, dunia bakal menyaksikan lonjakan kes memandangkan kadar transmisi COVID-19 melibatkan varian baharu itu tinggi. Namun katanya, vaksin sedia ada mampu memberi perlindungan dan mengelakkan kematian.

Mengulas langkah sekatan perjalanan yang dikuatkuasakan kebanyakan negara, beliau berkata, pelaksanaan itu tidak akan menghalang penularan merentasi negara. Sebaliknya, ia hanya akan menambah beban kepada kehidupan seharian dan mata pencarian.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini