Perintah berkurung membabitkan perairan tujuh daerah di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir hari ini dilanjutkan sehingga 24 Jun.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata, perintah berkurung dari 6 petang hingga 6 pagi itu melibatkan perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

Penduduk diarah duduk di rumah, manakala orang luar tidak dibenarkan memasuki kawasan terlibat dalam tempoh berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini