Tentera yang merampas kuasa di Guinea mengisytiharkan perintah berkurung di seluruh negara selepas mengumumkan berjaya menahan Presiden, Alpha Condé.

Perintah berkurung tersebut berkuat kuasa sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Menerusi kenyataan disiarkan di televisyen tempatan, Pemimpin kudeta, Kolonel Mamadi Doumbouya berkata, pihaknya memutuskan untuk membubarkan kerajaan semasa dan memansuhkan perlembagaan.

Malah sempadan negara turut ditutup.

Kumpulan itu memaklumkan tentera akan mengambil alih jawatan gabenor dan pegawai tempatan.

Pada Ahad, pihak berkuasa Guinea memaklumkan istana presiden telah diserang pemberontak dan presiden ditahan.

Mamady Doumbouya berkata, presiden dalam keadaan selamat dan tempat beliau ditahan dirahsiakan.

Presiden Alpha Conde memenangi penggal ketiga dalam pemilihan yang mencetuskan kontroversi tahun lalu, berikutan keputusannya untuk meminda perlembagaan bagi membolehkan beliau menjadi presiden untuk  penggal ketiga.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini