Permintaan terhadap perjalanan udara global menyaksikan penurunan sebanyak 53.4 peratus pada September 2021 berbanding bulan sama 2019.

Bagaimanapun prestasi tersebut meningkat sedikit berbanding Ogos lalu.

Ketua Pengarah Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), Willie Walsh menegaskan prestasi didorong pemulihan domestik apabila beberapa sekatan perjalanan ditarik balik.

Meskipun, prestasi September menunjukkan perkembangan positif, namun pemulihan trafik antarabangsa masih terjejas berikutan penutupan sempadan dan mandat kuarantin yang berterusan.

Sejajar pembukaan semula pasaran utama lain termasuk Australia, Argentina, Thailand dan Singapura, ia dijangka memberi rangsangan kepada pemulihan berskala besar pada masa akan datang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini