Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri terus mengadakan perbincangan dengan Kesatuan Eropah (EU) bagi menyambung semula perundingan mengenai Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA).

Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Lim Ban Hong, ia meliputi perbincangan dengan duta dan delegasi EU ke Malaysia, baru-baru ini.

Tambahnya, pihak MITI juga telah mengutus surat kepada EU berhubung hasrat untuk meneliti dan membincang semula hala tuju Malaysia-EU FTA.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Bangi, Dr. Ong Kian Ming.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini