Perjawatan baharu bagi pendidik masyarakat Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) pada masa depan perlu memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata ia bertujuan meningkatkan profesionalisme warga pendidik masyarakat. 

Dalam masa sama, menjamin kualiti pendidikan awal kanak-kanak seiring dengan peredaran masa serta kepesatan teknologi.

Datuk Seri Mahdzir berkata, ia membuktikan keyakinan masyarakat terhadap tabika Kemas setanding tabika swasta dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan awal kepada kanak-kanak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini