Skuad Bawah 23 kebangsaan terpaksa pulang lebih awal selepas tumpas 0-3 kepada Thailand, pada aksi kedua Kumpulan C Kejohanan Piala Asia B-23 2022 di Tashkent, Uzbekistan, malam tadi.

Ini kekalahan kedua berturut-turut dialami anak buah Brad Maloney sekali gus menutup peluang untuk mengulangi pencapaian terbaik layak ke suku akhir pada edisi 2018.

Dua gol Thailand disumbang penyerang Suphanat Mueanta pada minit ke-23 dan 73.

Manakala Channarong Promsrikaew pada minit ke-69.

Dalam pada itu, pada satu lagi aksi Kumpulan C, Vietnam mengikat Korea Selatan 1-1.

Thailand yang memiliki kelebihan perbezaan jaringan memintas Korea Selatan untuk memimpin Kumpulan C biarpun berkongsi empat mata diikuti Vietnam dengan dua mata dan Malaysia pula di tangga tercorot tanpa sebarang mata.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini