Kerajaan Johor komited menyediakan peruntukan kewangan kepada sekolah-sekolah agama kerajaan Johor setiap tahun.
 
Peruntukan termasuklah bagi kos baik pulih, bekalan perabot, bantuan kewangan badan kebajikan sekolah dan pembersihan.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, setakat ini, RM2.9 juta dibelanjakan kepada 585 buah sekolah agama di Johor.

10 buah sekolah terpilih juga diberi peruntukan RM1.2 juta untuk aktiviti kecemerlangan murid.