Seramai 594 pekerja di Kelantan memperoleh manfaat di bawah Sistem Insurans Pekerjaaan (SIP) melibatkan jumlah keseluruhan pembayaran faedah RM4 juta.

Kesemua penerima termasuk mereka yang kehilangan pekerjaan ketika pandemik COVID-19 bagi tempoh Januari hingga September tahun ini.

Menurut Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Kelantan, Nora Yaacob, pembayaran faedah itu bagi tujuan kelangsungan hidup penerima dalam mengurangkan bebanan yang terpaksa di tanggung.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis Penyampaian Cek Bayaran Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) dan Lawatan Dari Rakan SIP Prihatin PERKESO di Kampung Paya Bemban, Kota Bharu.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Mas, Rohani Ibrahim.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini