Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) memeterai perjanjian persefahaman (MOU) bertujuan memperkasa sosioekonomi masyarakat melalui pendekatan inovasi.

Kerjasama tersebut menyaksikan pengaplikasian teknologi dalam membangunkan reka cipta menerusi Program Return To Work (RTW). 

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan menzahirkan keyakinan, inisiatif RTW dapat menyumbang ke arah pengurusan hilang upaya yang lebih cekap dan berkesan.

Ia sekaligus mempersiap peserta daripada golongan sasar untuk kembali ke pasaran pekerjaan.

Beliau menghadiri majlis menandatangani MOU Perkeso dengan YIM di Putrajaya.

Turut hadir, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba.

PERKESO diwakili Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) John Riba Marin, manaka YIM diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Sharmila Mohamed Salleh.


MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini