Pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342) yang memperuntukkan kompaun lebih tinggi adalah langkah pencegahan susulan kebimbangan terhadap risiko peningkatan kes COVID-19 untuk tempoh dua bulan akan datang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia penting bagi memastikan kesiapsiagaan negara lebih menyeluruh, meliputi penguatkuasaan undang-undang pencegahan, selain aspek pemberian vaksin termasuk dos penggalak.

Dalam pada itu, Tan Sri Dr Noor Hisham turut menasihatkan rakyat untuk mendapatkan dos penggalak segera, terutama dalam persiapan negara berdepan kemungkinan gelombang baharu hasil penularan varian membimbangkan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini