Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyediakan Perkhidmatan bergerak, atau mobile bagi permohonan MYkad, sijil Kelahiran dan passport secara percuma kepada penduduk di daerah Yan, yang terjejas banjir lumpur.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata perkhidmatan itu antara program KDN Prihatin bagi membantu penduduk terkesan. Perkhidmatan itu akan dilaksanakan Jabatan Pendafataran dan Jabatan Imigresen. Beliau berkata demikian pada sidang media semasa lawatan kerja di TiTi Hayun. Dalam lawatan itu, beliau turut meninjau kawasan penduduk terjejas dan menyampaikan sumbangan menerusi Program KDN Prihatin.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini